Saturday, 31 December 2011

#15 - Pinky Bedroom Ideas For Beginners ♥

Posted by Lily Rahmat ♥ at 3:32 pm 0 story/stories
Assalamualaikum :)

Terpana sat aku tengok gambar-gambar ni. Thank you Mr. Google! :) Now mission aku, kat mana nak dapatkan budget untuk beli stuffs yang omey-omey belaka ni? Dalam mimpi boleh kot? -.-'

Style kan? Macam bilik princess. Fully loaded with fur and glamorous stuffs ;)
Simple but nice <3
Yang ni sweet giler. Girlish gitu :D
Vintage look alike! Paris :D Tapi aku tak berapa setuju bantal ada gambar puppy tu even though dia nampak sungguh comel :)
Wall dia color soft purple. Everything seems right, view bilik sangat comel. Aku paling suka sticky notes dekat wall tuh. Nampak messy sikit-sikit :)
Lastly! This is my most favorite theme of all of the above. Quite funky, wild and neat :) Nanti nak letak frame besaq-besaq macam tuh! Hehe.

#14 - Oh! mama, saya mahu kawen :P

Posted by Lily Rahmat ♥ at 10:41 am 0 story/stories
Assalamualaikum :)


Hye blog! Hye Korang! Okay kita straight to the point. Satu statement from iluvislam sangat menarik hati aku untuk memberi pandangan lanjut :)




" Salam, saya nak tanya pandangan para ibu bapa kat sini, tak kira yg senior atau masih muda, sanggup ke korang kahwinkan anak2 korang masa mereka masih lagi berumur 15, 16 hingga 21 tahun, baru je beberapa tahun akil baligh? Sebab saya dapat takwilkan, banyak masalah kegelisahan jiwa anak2 remaja ni dapat dihilangkan apabila kita kahwinkan mereka pada umur ni, jadi tidaklah mereka banyak membuang masa, duit dan tenaga dengan bercinta, mengurat dan entah apa2 lagi yg sewaktu dengannya. Saya sendiri pernah lalui peringkat umur ni, jadi saya faham perasaan mereka. Kalau tuan2 dan puan2 semua nak argue pasal financial responsibility, saya cadangkan kita bantu mereka dari segi family planning, betul2 ajar mereka guna kondom ke, IUD ke, apa2 sahaja yg berkesan mencegah kehamilan, jadi mereka boleh make choices dari segi education dan their life future without any dragging responsibilities. Nanti dah bersedia nak dapat anak waktu pasangan2 muda ni berumur pertengahan atau akhir 20an, atau awal 30an, barulah kita boleh galakkan mereka untuk membina keluarga yg sebenarnya. Sebenarnya amalan begini dah lama diamalkan di negara2 Timur Tengah seperti Saudi, Kuwait dan sebagainya, cuma ia belum menjadi budaya di Malaysia. Yang membudaya di sini ialah budaya percintaan anak2 remaja, yg jika tidak dikawal boleh membawa kepada gejala sosial...... Amacam, parents kat sini apa pandangan korang? Sanggup ke korang berkorban demi ketenangan jiwa anak2 remaja korang? - no name, 2010.


Lately kan, aku selalu terfikir pasal kahwin. I don't know why. Perkara yang aku fikir ni sampai terbawa-bawa kat Facebook and Twitter. Persoalan aku kat sini, SALAH KE KALAU AKU BANGKITKAN ISU TU? Weyh, umur aku dah nak mencecah 20 dah pun, I know how to handle my feelings OK. I’m not ‘menggatal’ but sometimes..... I do. Normal la tu kan? Since ramai blogger yang merancang kahwin muda ni aku pun jadi terpengaruh jugak. Parah sangat dah ni!


Perception dorang buat aku marah ke? Or aku sendiri yang emo? TAK :) Kadang-kadang aku memang take serious perkara macam ni but sometimes aku main-main je. Nak tengok macam mana penerimaan orang lain bila aku bangkitkan isu kahwin muda ni. Seriously, aku memang minat gila kalau cerita bab-bab kahwin ni. Tak tau lah ikut perangai sape either mama or ayah or both or neither of them. Actually aku tak salahkan mak ayah because this feelings hadir dalam diri setiap orang kan? Perasaan ingin dikasihi and mengasihi orang lain. OK jangan bagi aku start jiwang karat kat sini :D


Now, ada sorang member aku advise untuk tanya someone yang lebih pakar dalam hal macam ni. May be sebab dia tengok aku macam desperate sangat nak kahwin kot -.- OK! OK! OK! Itu sangat betul. Only 30% of it. NO! up sket, 50% boleh? HAHA. Whatever it is, aku memang dah rujuk banyak sources regarding this kahwin muda thingy just tak jumpa in person dengan sesiapa lagi. Kalau nak mintak pendapat mak ayah, jawapan dia mak ayah membebel marah balik kat kita. As easy as that. Faham? :D


Therefore, sources aku yang terdekat selepas parents ialahhhhhhhh YOUTUBE :) Guess why? Sebab aku suka dengar ceramah from Ustaz Azhar Idrus. Korang boleh add page dia kat FB kalau ada apa-apa nak tanya. He’s kind of funny and I really like how he delivered the message on what he’s talking about. To some people, the content yang ustaz Azhar sampaikan may be kurang clear sebab loghat Ganu dia pekat sket. Hehe. Tapi aku suka gila kot. Suka sangat :D Aku dah tengok almost all video pasal permasalahan dalam hal nikah kahwin, couple/bercinta and many more yang related. Dari situ, I’ve got some input yang positive andddddd aku try lagi sekali mintak pandangan mama, but! She disagree :( OK enough pujuk mama. Yang penting hati sendiri kena pujuk dulu :)


Tak cukup tengok video kat Youtube, aku search any blogs or trusted website pulak. Macam-macam lah opinion orang ni. Ada kata kahwin awal tu tak bagus, ada kata perkara yang baik jangan di lengah. Personally, aku tak rasa pun salah kalau aku buat decision on my own. Yes! restu mak ayah paling penting dalam hubungan ni tapi kalau fikir-fikir balik, sampai bila nak biar hubungan yang tak sah ni berlanjutan betul tak?


OK, try to put yourself in my shoes. You’re in a relationship with someone and secara tak langsung dah terikat dengan dia. Both of you sangat berharap dapat kekalkan hubungan tu sampai bila-bila. Because you’re madly in love with him/her. Ini yang salah! Nak tau kenapa? Sebab kalau dah sayang mestilah rindu. Kalau berjauhan lagi lagi lagiiiiilah rindu. Perasaan rindu yang membara tu lah sebenarnya yang kita tak nak. Iman manusia ni ada turun naik nya but bila sampai soal hati, lidah tak boleh bohong. Am I right? (macam iklan maggi! HAHA) So korang pun call BF/GF korang, lepas rindu sampai nangis-nangis. Kalau solat nak jumpa Allah time berdoa tu ada korang menangis macam rindu sangat kat BF/GF tak? Ada ke tak? Cuba korang fikir balik. Ada kaitan sebenarnya apa aku nak cakapkan ni :)


Dengan berkahwin je la dapat halalkan segala yang haram. Dapat tutup segala salah silap hubungan kita sesama pasangan tadi. Sebelum ni kalau pegang tangan, bertepuk tampar, bergurau senda yang haram tu bila buat dapat DOSA, tapi bila dah kahwin and bermesra antara suami isteri dapat PAHALA berlipat ganda tau. TAK PERCAYA lagi??


Berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W,


 يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء 


Maksudnya: Wahai pemuda (belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluanmu (kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya.


Sekarang dah boleh percaya kan apa aku bagitau tadi? Lihatlah betapa mudahnya Islam ni :) But before that, aku nak ingatkan satu perkara. Biarlah hubungan yang kita bina dengan pasangan kita tu atas dasar nak mencari keredhaan Allah, so berkahwinlah. Kalau setakat nak kahwin sebab tak tahan nafsu or sebab dia kaya or sebab dia hensem/lawa takut kena kebas, aku guarantee even korang kahwin pun mungkin tak kekal lama kalau sikap tu tak diubah. Lagi satu, kalau excited sangat nak kahwin tapi still tak dapat restu mak ayah, jangan amek jalan mudah (Kahwin Lari kat thai/indon sebagainya). Sesungguhnya habuan yang besar sedang menanti orang yang bersabar. So, sabar kay? SABAR! :D


Before this aku ada terbaca satu blog yang mengutarakan isu yang sama, isu kahwin muda jugak. Aku tolong explain apa yang dia kata secara briefly lah kay. Ramai tak setuju kahwin muda ni sebab dari segi economics nya unstable lagi, nak-nak yang belum kerja and full-student pulak tu. Then, kalau si isteri mengandung and at the same time struggling untuk study/tests/quizzes/assignments/final and so on; mungkin membebankan bagi dia. But here is what he said. Bila dah kahwin, rezeki makin murah. Even susah macam mana sekalipun kehidupan dorang, rezeki Allah tetap ada kat mana-mana and pulak tu makin bertambah-tambah. See :) For the mummy pulak, kenapa dia nak rasa susah carry baby dalam perut? Itu kan rezeki Allah and tak ada perasaan yang lebih indah bagi seorang isteri selain mengandungkan zuriat suami dia and itu sangat sweet :) Malah selepas dorang kahwin, semua berubah. Kalau dulu pakai kereta kecik, now dah pakai kereta yang lebih selesa untuk dorang anak-beranak. Dari situ kita tau lah kan both of them memang at the right track and they have chosen the best way to lengthen the relationship by marry early. Alhamdulillah. Ini sebenarnya yang aku and semua pasangan impikan. Betul tak?


Firman Allah swt,


 وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم 


Maksud: Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui.


Take my words, do the right decision. Kalau cintakan seseorang kerana Allah, InsyaAllah berbahagialah until Jannah :) Yang baik dari Allah, yang sebaliknya dari aku jua. Assalamualaikum and thank you for your time to read this crap. Hehe :D


#Note of the day : Happy New Year Everyone!

Thursday, 17 November 2011

#13 - Telur Masak Kicap versi Lily Rahmat♥

Posted by Lily Rahmat ♥ at 5:20 pm 2 story/stories
Assalamualaikum :)<3

Hai semua! As usual hari ni nak tak nak kena masak jugak plus mama pun tak sihat sangat, migrain menyerang kembali. Kesian sangat tengok dah dua hari tak sembuh-sembuh. Mama, sihat la cepat. I miss your smile :') Kawan-kawan, doakan mak aku sihat erk! Terima kasih tau, jasa anda dikenang. Aku rasa, her blog also misses her too, followers pun, fans pun, harap-harap takde haters :P hihi. It's okay ma, both your fans and haters are your biggest inspiration kan? Akak always support mama no matter what the consequences are. Love you so much tau! hehe. Oh by the way, mama aku blogger masakan. Kenal Che CT? kalau nak singgah blog die sangat di alu-alukan. Klik sini yeh - Dari Dapur CT :)

Berbalik pada topik asal, hari ni masakan yang simple jugak, Telur Masak Kicap. Resepi ni resepi turun-temurun dari mama. Ada bahan yang orang biasa gunakan, ada yang tak letak. Tapi, resepi setiap orang lain-lain kan. Nak cuba? Scroll down please :D


BAHAN-BAHAN
  • 6 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
  • 1 biji kentang (dipotong 'wedges' dan digoreng)
  • 5 keping tauhu (dipotong empat dan digoreng) 
  • 10 biji mini carrot (nak pakai lobak merah yang biasa pun boleh)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • sedikit soo hoon (kerat dan rendam hingga lembut)
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air - untuk effect kuah lebih likat)
  • 1 cawan kicap manis
  • 4-5 cawan air
  • Sos tiram (anggaran 1 sudu besar)
  • Sos cili (anggaran 2 sudu besar)
  • 1 helai daun limau purut (urat dibuang)
  • Garam dan gula secukup rasa.
BAHAN- BAHAN KISAR
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
BAHAN-BAHAN TUMIS
  • 1/2 batang kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar lada kisar
CARA-CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis dan daun limau purut. Goreng hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. Setelah digaul rata, tuang kicap.
  2. Gaul sebati dan masukkan air. Kemudian masukkan mini carrot, tauhu dan telur. Biarkan seketika barulah masukkan kentang, garam, gula dan air bancuhan tepung jagung. Kacau lagi hingga separa mendidih.
  3. Kemudian masukkan soo hoon dan hirisan lada merah. Kacau hingga mendidih dan sedia untuk dihidang. Untuk hiasan, taburkan sedikit hirisan daun sup atau daun bawang.

Dah pun siap! senang kan? :)

PASS or FAILED?? Anda tentukan :D


# Note of the day : Nak dengar ayah komen apa lak malam ni? harap-harap sedap lah. HAHA xD

Wednesday, 16 November 2011

#12 - Ayam Masak Lemak Cili Api versi Lily Rahmat♥

Posted by Lily Rahmat ♥ at 4:35 pm 2 story/stories
Assalamualaikum :)<3

Hello Peeps! Hari ni aku nak share ngan korang masakan kegemaran aku dari kecik sampai sekarang. Tak susah pun nak buat dia. Bahan-bahan nak masak pun simple je. Tapi aku lagi suka kalau buah nanas include sekali dalam masakan ni sebab rasa dia manis sangat. slurpppppp! pergh terliur plak. HAHA. Jom kite terjah apa Chef Lily masak hari ni :D
  
Ini antara bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam, potong 8-10 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 helai daun kunyit (disiat2)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter santan cair
  • 200 ml santan pekat (pati santan)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai cili hijau
  • 7-8 tangkai cili padi (nak pedas letak lebih)
  • 3 biji buah keras
  • Ikan bilis (anggaran 2 sudu besar)

Bahan kisar yang ditumis.


CARA-CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar, asam gelugur dan serai. Gaul rata hingga wangi dan naik minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam, kacau rata. Tutup dan perap sebentar sehingga ayam 3/4 lembut.
  3. Masukkan santan cair, daun kunyit, gula, dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan dan dikacau selalu hingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Tuang santan pekat dan kacau hingga daun kunyit layu.
  5. Kalau dah rasa okay, matikan api dan sedia untuk dihidang.


DONE ! :)


Note of the day : Muhammad Naqiuddin, amacam?? rasa-rasa dapat memikat hati mak mertua tak? kekeke xD

Sunday, 13 November 2011

#11 - Olympus PEN E-P1 ♥

Posted by Lily Rahmat ♥ at 1:19 pm 0 story/stories
Assalamualaikum :)<3


Olympus PEN E-P1
Dear people, I have fallen in love with my dad's latest Olympus PEN E-P1. He bought from E-Bay for RM1000 which is affordable since it is pre-owned and not the new arrival one, which is much expensive - maybe around RM2000-RM3000. I took many pictures using that classic yet retro styling gadget during yesterday's wedding ceremony. Check this out! After few simple editing using photoscape, the combination of colours and the quality of picture it creates are very wonderful!










Note of the day : Are you thinking what I'm thinking? You should grab one for your own personal use too :D
 

♥ Lily Rahmat Official Blog ♥ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting