Saturday 4 June 2011

#3 - Kebaikan Kahwin Muda Versi Lily Rahmat

Posted by Lily Rahmat ♥ at 1:56 am

Aku tak paham ar kenapa setiap kali aku bangkitkan isu kawen muda je mesti mak aku nak melenting. Cube kite tengok dari perspektif yang positif. Aku rasa banyak kot advantages. Aku rasa kahwin muda bagus je. Ini opinion aku la. Depends to other people jugak coz sume ade opinion and alasan masing2 regarding this matter. Ma, anak mama ni tak gatai lagi taw! Akak still bole pikir lagi mane baik mane buruk so jangan lah terlalu risau or whatsoever because anakmu ini takde la pendek akal sampai nak uat bende bodo kawen lari tu sume. HAHA. Kita orang islam orang melayu, kaya dengan adat istiadat. Biarlah cara kite menamatkan zaman bujang tu dengan cara yang betul and memenuhi tuntutan agama. cewahh :P

Bagi aku lah kan, kawen muda tu bagus sebab :
  1. Dapat elakkan kita terus-menerus melakukan maksiat. Tak kire la maksiat kite buat tu ringan ke berat, kalau dah maksiat tu memang maksiat la and haram lagi berdosa. Aku pun tak sempurna sebab kita pun manusia biasa yang takkan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita tergoda kerana 3 perkara. Nafsu yang tak terkawal, bisikan syaitan, iman yang goyah. Sebab tu mama tak pernah lupa ingatkan aku jangan tinggal sembahyang and jangan sombong untuk berdoa pada Allah supaya dipelihara maruah and dikuatkan iman kita agar tak terdedah daripada unsur-unsur kemaksiatan ni. InsyaAllah :)
  2. Dapat elakkan kita dan pasangan daripada berhubung dengan ikatan yang tak sah terlalu lama. Bagi pendapat aku lah kan, kalau terlalu lama terikat dengan pasangan yang takde apa2 ikatan yang sah dengan kita, peratus untuk hubungan tu bertahan lama memang low. Aku boleh jamin ramai pasangan cam ni tak bertahan lama and hubungan tu terputus setengah jalan je. Lastly, dua2 menyesal tak sudah. Aku pun pernah ade pengalaman cam ni and banyak kali kot. Aku suka satu quote, 'TRUST NOBODY except yourself'. Boleh nak percaya kat pasangan tapi jangan beri 100% kepercayaan tu kat pasangan kita sebab kita tak tau someday he/she might leave us and kesudahannya nanti kita yang merana. Betul ke tak?
  3. Kawen muda dapat mengubah diri kita yang kebudak-budakkan kepada pemikiran yang lebih matang. Kita akan experience sendiri kesusahan hidup dalam erti kata sebenar sebab waktu bujang kita terlepas daripada apa2 tanggungjawab but once you step into marriage life, everything is real and takde lagi da time to play play. Semakin kite dewasa dalam melayari bahtera rumah tangga, secara automatiknye kita akan kenal lebih dekat sape diri kita, sape diri pasangan kita and kemampuan kedua-duanya.
Kursus kawen yang aku pegi sebelum ni betul2 dah mengubah pemikiran aku sebab dari situ aku didedahkan dengan story sebenar isu-isu rumahtangga. Memang scary sebab aku macam tak ready pulak nak kawen awal2. I mean kawen time study lagi sebab banyak perkara aku kene pikir and quite tough jugak la nak handle perkara serius cam ni including economics, perancangan keluarga, etc. Aku takkan story kat sini sebab everyone yang nak kawen pun akan pegi jugak kursus kawen kan so timbe la sebanyak mane ilmu rumahtangga yang korang akan pelajari nanti. Okay, aku stop! HAHA.

In short, aku rasa kawen muda ni ade advantages and disadvantages yang tersendiri. Boleh nak bercinta tapi biarlah dengan cara yang betul and yang penting jaga batas2 agama - like my Abg Deli said. Just kita kena pandai nilai yang mana baik or buruk untuk diri kita sendiri and masa depan okay :)

Yang baik datang dari Allah, yang sebaliknya datang dari diri aku sendiri. Semoga entri ni dapat jadi info berguna untuk orang lain, and for me as well. JazaakAllaahu Khairan~

7 story/stories:

Kucing Serius. on 03:09 said...

Wow seriously? Okay kena try lah pergi tengok kursus kahwin awal awal lepas ni. Nak tengok apa depa cakap. Ahaha.

Ni apply kursus yang dekat mana punya?

Lily Rahmat ♥ on 03:18 said...

Kucing Serius

Serius la bro.
kene ready mental fizikal nak g kursus kawen ni sebab kene tadah telinga jugak dgr cte 18sx sume pun ade. HAHA.

Last sem JAIP ade uat kursus ni kt UiTM Jengka. Myb pihak UiTM sendiri yang anjurkan kot. :)

Kucing Serius. on 07:17 said...

Ohh. UiTM yg buat tu. Tau tau. Alamak rugi pulak tak ikut. Kat Shah Alam pun ada. Ish. Lepas baca post ni baru rasa terlepas sikit.

Nice blog anyway. Following :D

Lily Rahmat ♥ on 10:13 said...

Kucing serius

next time if UiTM anjurkan pegi la. Tak semestinye lmbt lg nk kawen taley pegi kn. Actually senang gak if da pegi skrg coz next time if da habes stdy x payah g kursus lagi. Org kate smbil mnyelam mnum air. HEHE.

Thnks! :D

.::: mr IQ :::. on 11:45 said...

hairil x layak lg nak kawin... haha
tapi pergi la kursus tu, atleast ready...
(maaf menyampok)...

Lily Rahmat ♥ on 11:56 said...

Mr IQ

same goes to me laa :D
tak berkemampuan lagi nak kawen awal.. HEHE
x rush pn nak kawen kn, pegi la if ade intention nk taw lebih lanjut..
Bende baik x payah dilengahkan :)

Anonymous said...

bagus3. *adeside band*

 

♥ Lily Rahmat Official Blog ♥ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting