Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

#20 - 30 Ways To Forget Your Ex

Posted by Lily Rahmat ♥ at 2:28 pm 0 story/stories
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hari ni masih berkesempatan untuk update blog for my followers and readers. Thank you sebab still preview blog ni and update dengan story-mory baru keh! Sayang korang <3

Today aku nak share dengan korang on 'Several Ways To Forget Your Ex'. Mostly untuk yang dah berpunya. Article ni sangat berguna untuk korang to avoid cheating on your new gf/bf. Topic yang sangat general. Boleh dikatakan almost everyone pernah menghadapi situasi yang sama. Am I right? Let's check it out!


  1. Delete nombor dia. Kalau dia pakai 3 line sekali (Maxis, Celcom, Digi) delete semua. Ingat! jangan simpan.
  2. Delete semua messages antara korang. Even dia forward jadual exam sekalipun.
  3. Buang semua gambar-gambar dia and gambar korang berdua. 'Semua' meliputi gambar-gambar dalam folder handphone, laptop, dekat wall bilik korang, dalam private box or dalam twitter, fb and other social sites.
  4. Simpan / pulangkan semua barang pemberian dia kat korang. Contohnya macam shirt, cap, hadiah, gambar passport dia, etc. Kalau buang rasa jahat pulak kan melainkan korang ni memang betul-betul brutal.
  5. Jangan couple dengan orang lain at the same day korang break up because hati tak completely recover because perbuatan tu semata-mata nak hilangkan kesunyian je.
  6. Tenangkan hati selama beberapa masa yang boleh.
  7. Jangan ada niat nak jumpa dia lagi melainkan secara kebetulan.
  8. Unfriend/block dia kat FB. Kalau hati kental, tak payah.
  9. Jangan pergi tempat yang korang selalu lepak/dating. Kalau nak pergi, better with family/friends.
  10. Sekali-sekala kalau nak enjoy pergi la main roller coaster, jangan shopping sampai berhabis duit sebab semua tu pembaziran. Allah tak suka.
  11. Kalau sedih sangat sebab menanggung rindu, menangislah dalam solat. Mengadulah pada Allah.
  12. Kalau nak dia bahagia, doakan untuk dia.
  13. Jangan simpan dendam/dengki. Allah tak sayang. Ingat! kalau kita buat baik, InsyaAllah in return kita akan dapat ganjaran yang lebih baik.
  14. Bagitau family & friends yang kita dah tak ada apa-apa dengan dia. Jangan sebut/ungkit nama dia.
  15. Muhasabah diri. Ingatkan diri kita maybe ada hikmah kenapa jodoh korang tak berkekalan.
  16. Banyakkan baca artikel yang ke arah islamik. Hopefully, hati kita masih di landasan yang betul.
  17. Jangan buat benda bodoh. Contohnya, bunuh diri, kerat nadi, tu memang orang takde otak menyusahkan mak bapak.
  18. Kunci pintu bilik, tekup bantal kat muka, jerit kuat-kuat.
  19. Buat something/hobi yang kita suka. Contohnya, photography, travelling, mandi air terjun. 
  20. Dengar lagu-lagu Maher Zain.
  21. Kalau connection okay, bukak Youtube, dengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Semua ceramah dia terbaik dari ladang. Jangan lupa follow dia kat fb! hahaha.
  22. Sibukkan diri kat rumah/tempat kerja. Kalau student, follow aktiviti2 yang dianjurkan kat Universiti/kolej/sekolah.
  23. Baca novel. Kalau takde, pinjam kawan or kat library.
  24. Kalau rasa tak boleh simpan sedih sorang-sorang, find someone. Seek for positive advice.
  25. Beriadah. Spend 1 hour or two, ajak kawan-kawan main futsal or jogging or nk best lagi, barbeque-ing.
  26. Belanja family makan. Sekali-sekala ajaklah dorang makan pizza hut ke, kalau nak save duit bawak dorang pergi makan sate Hj. Samuri.
  27. Blogging. This is what I'm doing. Blogging is a way of how you express your feeling, it is an online diary.
  28. Be a strong person. Senyumlah even hati kita sedih tanpa siapa pun tahu. Allah knows everything and He always by our side no matter what.
  29. Download tumblr yang provide good words/quotes or expression. Print and tampal banyak-banyak dalam bilik. It is a way on how to motivate youself.
  30. Time to move on. Find a new girlfriend/boyfriend or maybe tak payah langsung, time to search for future husband/wife! Itu baru betul. Hehe :P

Note of the day : I've tried it all and it works! Selamat mencuba :)

Friday, 9 March 2012

Nervous

Posted by Lily Rahmat ♥ at 3:56 pm 2 story/stories
Assalamualaikum :)

This is based on my own experience. HAHA. Enjoy :)



What is nervous?

"Nervous tu macam kalau duduk dalam DSG (Dewan Serba Guna/Dewan Sejuk Giler) time final exam, pastu tangan shaking. Bila suruh kawan pegang dia kata tangan kita macam ayam mentah yang dah beku dalam fridge."

When do you usually get nervous?

"Bila nak jumpa Que. Hihi. Err tak-tak, time presentation, Sir Azmir suruh buat public speaking sorang-sorang kat depan. Gila ke ape? malu la :("

Why do you feel nervous?

"Sebab bila diri kat depan semua orang tengok. Pastu kalau ada yang fokus sangat tu, dia tenung je mata kita time present. Tu yang rasa macam ada butterfly dalam perut. Eeee >.<"

What the challenges you face during presentation?

"Topek jahat sebab dia selalu buat muka time orang present. Memang nak gelak rasa. Nyampah gilos!"

"Kadang-kadang bila paparkan kat screen LCD, words tak jelas"

How do you manage to control your nervous?

"Err.. kalau pegang kertas for sure nampak tangan kita menggigil. So kertas letak atas meja. Lantak lah Sir tak dengar suara pun janji cepat habis :P"

"Pandang dinding kat belakang class. Sebab kalau tengok orang, orang macam nak makan kita je"

"Jangan pandang senior-senior kat belakang sebab habis public speaking dorang suka tanya soalan banyak-banyak. Gerammm sangat! Time dorang present kitorang plak bantai tanya soalan banyak-banyak. Padan muka! HAHA. sorry overexcited -_-"

Note of the day : Pengalaman korang lak macam mana? :D

Thursday, 17 November 2011

#13 - Telur Masak Kicap versi Lily Rahmat♥

Posted by Lily Rahmat ♥ at 5:20 pm 2 story/stories
Assalamualaikum :)<3

Hai semua! As usual hari ni nak tak nak kena masak jugak plus mama pun tak sihat sangat, migrain menyerang kembali. Kesian sangat tengok dah dua hari tak sembuh-sembuh. Mama, sihat la cepat. I miss your smile :') Kawan-kawan, doakan mak aku sihat erk! Terima kasih tau, jasa anda dikenang. Aku rasa, her blog also misses her too, followers pun, fans pun, harap-harap takde haters :P hihi. It's okay ma, both your fans and haters are your biggest inspiration kan? Akak always support mama no matter what the consequences are. Love you so much tau! hehe. Oh by the way, mama aku blogger masakan. Kenal Che CT? kalau nak singgah blog die sangat di alu-alukan. Klik sini yeh - Dari Dapur CT :)

Berbalik pada topik asal, hari ni masakan yang simple jugak, Telur Masak Kicap. Resepi ni resepi turun-temurun dari mama. Ada bahan yang orang biasa gunakan, ada yang tak letak. Tapi, resepi setiap orang lain-lain kan. Nak cuba? Scroll down please :D


BAHAN-BAHAN
  • 6 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
  • 1 biji kentang (dipotong 'wedges' dan digoreng)
  • 5 keping tauhu (dipotong empat dan digoreng) 
  • 10 biji mini carrot (nak pakai lobak merah yang biasa pun boleh)
  • 1 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • sedikit soo hoon (kerat dan rendam hingga lembut)
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan sedikit air - untuk effect kuah lebih likat)
  • 1 cawan kicap manis
  • 4-5 cawan air
  • Sos tiram (anggaran 1 sudu besar)
  • Sos cili (anggaran 2 sudu besar)
  • 1 helai daun limau purut (urat dibuang)
  • Garam dan gula secukup rasa.
BAHAN- BAHAN KISAR
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
BAHAN-BAHAN TUMIS
  • 1/2 batang kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar lada kisar
CARA-CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis dan daun limau purut. Goreng hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili. Setelah digaul rata, tuang kicap.
  2. Gaul sebati dan masukkan air. Kemudian masukkan mini carrot, tauhu dan telur. Biarkan seketika barulah masukkan kentang, garam, gula dan air bancuhan tepung jagung. Kacau lagi hingga separa mendidih.
  3. Kemudian masukkan soo hoon dan hirisan lada merah. Kacau hingga mendidih dan sedia untuk dihidang. Untuk hiasan, taburkan sedikit hirisan daun sup atau daun bawang.

Dah pun siap! senang kan? :)

PASS or FAILED?? Anda tentukan :D


# Note of the day : Nak dengar ayah komen apa lak malam ni? harap-harap sedap lah. HAHA xD

Wednesday, 16 November 2011

#12 - Ayam Masak Lemak Cili Api versi Lily Rahmat♥

Posted by Lily Rahmat ♥ at 4:35 pm 2 story/stories
Assalamualaikum :)<3

Hello Peeps! Hari ni aku nak share ngan korang masakan kegemaran aku dari kecik sampai sekarang. Tak susah pun nak buat dia. Bahan-bahan nak masak pun simple je. Tapi aku lagi suka kalau buah nanas include sekali dalam masakan ni sebab rasa dia manis sangat. slurpppppp! pergh terliur plak. HAHA. Jom kite terjah apa Chef Lily masak hari ni :D
  
Ini antara bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam, potong 8-10 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 helai daun kunyit (disiat2)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 liter santan cair
  • 200 ml santan pekat (pati santan)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 tangkai cili hijau
  • 7-8 tangkai cili padi (nak pedas letak lebih)
  • 3 biji buah keras
  • Ikan bilis (anggaran 2 sudu besar)

Bahan kisar yang ditumis.


CARA-CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar, serbuk ketumbar, asam gelugur dan serai. Gaul rata hingga wangi dan naik minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam, kacau rata. Tutup dan perap sebentar sehingga ayam 3/4 lembut.
  3. Masukkan santan cair, daun kunyit, gula, dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan dan dikacau selalu hingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Tuang santan pekat dan kacau hingga daun kunyit layu.
  5. Kalau dah rasa okay, matikan api dan sedia untuk dihidang.


DONE ! :)


Note of the day : Muhammad Naqiuddin, amacam?? rasa-rasa dapat memikat hati mak mertua tak? kekeke xD

Saturday, 4 June 2011

#3 - Kebaikan Kahwin Muda Versi Lily Rahmat

Posted by Lily Rahmat ♥ at 1:56 am 7 story/stories

Aku tak paham ar kenapa setiap kali aku bangkitkan isu kawen muda je mesti mak aku nak melenting. Cube kite tengok dari perspektif yang positif. Aku rasa banyak kot advantages. Aku rasa kahwin muda bagus je. Ini opinion aku la. Depends to other people jugak coz sume ade opinion and alasan masing2 regarding this matter. Ma, anak mama ni tak gatai lagi taw! Akak still bole pikir lagi mane baik mane buruk so jangan lah terlalu risau or whatsoever because anakmu ini takde la pendek akal sampai nak uat bende bodo kawen lari tu sume. HAHA. Kita orang islam orang melayu, kaya dengan adat istiadat. Biarlah cara kite menamatkan zaman bujang tu dengan cara yang betul and memenuhi tuntutan agama. cewahh :P

Bagi aku lah kan, kawen muda tu bagus sebab :
  1. Dapat elakkan kita terus-menerus melakukan maksiat. Tak kire la maksiat kite buat tu ringan ke berat, kalau dah maksiat tu memang maksiat la and haram lagi berdosa. Aku pun tak sempurna sebab kita pun manusia biasa yang takkan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita tergoda kerana 3 perkara. Nafsu yang tak terkawal, bisikan syaitan, iman yang goyah. Sebab tu mama tak pernah lupa ingatkan aku jangan tinggal sembahyang and jangan sombong untuk berdoa pada Allah supaya dipelihara maruah and dikuatkan iman kita agar tak terdedah daripada unsur-unsur kemaksiatan ni. InsyaAllah :)
  2. Dapat elakkan kita dan pasangan daripada berhubung dengan ikatan yang tak sah terlalu lama. Bagi pendapat aku lah kan, kalau terlalu lama terikat dengan pasangan yang takde apa2 ikatan yang sah dengan kita, peratus untuk hubungan tu bertahan lama memang low. Aku boleh jamin ramai pasangan cam ni tak bertahan lama and hubungan tu terputus setengah jalan je. Lastly, dua2 menyesal tak sudah. Aku pun pernah ade pengalaman cam ni and banyak kali kot. Aku suka satu quote, 'TRUST NOBODY except yourself'. Boleh nak percaya kat pasangan tapi jangan beri 100% kepercayaan tu kat pasangan kita sebab kita tak tau someday he/she might leave us and kesudahannya nanti kita yang merana. Betul ke tak?
  3. Kawen muda dapat mengubah diri kita yang kebudak-budakkan kepada pemikiran yang lebih matang. Kita akan experience sendiri kesusahan hidup dalam erti kata sebenar sebab waktu bujang kita terlepas daripada apa2 tanggungjawab but once you step into marriage life, everything is real and takde lagi da time to play play. Semakin kite dewasa dalam melayari bahtera rumah tangga, secara automatiknye kita akan kenal lebih dekat sape diri kita, sape diri pasangan kita and kemampuan kedua-duanya.
Kursus kawen yang aku pegi sebelum ni betul2 dah mengubah pemikiran aku sebab dari situ aku didedahkan dengan story sebenar isu-isu rumahtangga. Memang scary sebab aku macam tak ready pulak nak kawen awal2. I mean kawen time study lagi sebab banyak perkara aku kene pikir and quite tough jugak la nak handle perkara serius cam ni including economics, perancangan keluarga, etc. Aku takkan story kat sini sebab everyone yang nak kawen pun akan pegi jugak kursus kawen kan so timbe la sebanyak mane ilmu rumahtangga yang korang akan pelajari nanti. Okay, aku stop! HAHA.

In short, aku rasa kawen muda ni ade advantages and disadvantages yang tersendiri. Boleh nak bercinta tapi biarlah dengan cara yang betul and yang penting jaga batas2 agama - like my Abg Deli said. Just kita kena pandai nilai yang mana baik or buruk untuk diri kita sendiri and masa depan okay :)

Yang baik datang dari Allah, yang sebaliknya datang dari diri aku sendiri. Semoga entri ni dapat jadi info berguna untuk orang lain, and for me as well. JazaakAllaahu Khairan~

Friday, 3 June 2011

#2 - 10 Facts About Lily Rahmat

Posted by Lily Rahmat ♥ at 7:39 pm 0 story/stories
  1. My full name is Siti Dalila Binti Rahmat which was given by my late grandfather. He used to call me 'Dalil' when I was a kid.
  2. I hate to grow up because I'm getting older and older day by day eventhough I am not yet 19!
  3. I love to eat but I usually skip my meals. Then mama get angry and she will force me to eat.
  4. I was a player long long time ago. I easily get bored and dump my ex like rubbish. Leave them with innocent face and I have learnt my lesson after that - somebody dump and leave me like what I did before. It's karma.
  5. I am a shy person and I really mean it.
  6. Imma bit crazy ONLY with my close friends. They knew me better :)
  7. I talk faster. I'd try to talk very slow but it makes me sound kind of akward.
  8. I hate to cry. Don't make me cry because I cry like a whiny baby.
  9. I had a serious panic (agoraphobia). NOT kidding.
  10. 'It's easy to forgive people, but hard to forget', That's me.
 

♥ Lily Rahmat Official Blog ♥ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting